Wednesday 19 October 2016

ppt

Read More

laporan

Read More

kursus blogs

Kursus Blogspot Ajuran PSS 19.10.2016 8.00 - 4.00 jumlah peserta :20 peserta
Read More

pss smkp


smkp library
Read More

Takwim Prauniversiti

Read More

Aktiviti KO

dalam proses kemaskini
Read More

Perancangan Tahunan Prauniversiti

Read More

Perancangan Tahunan KO

dalam proses kemaskini
Read More

Takwim KO

dalam proses kemaskini
Read More

Takwim Prauniversiti

Read More

Jawatankuasa KO

dalam proses kemaskini
Read More

Carta Organisasi KoKurikulum

dalam proses kemaskini
Read More

Pendaftaran f1 & f4

Read More
Read More

Jawatakuasa pentadbiran

Pengetua : Noor Adlina Gooi binti Abdullah Pen. Kanan Pentadbiran : Mohd Rosdi bin Musa Pen. Kanan Hal Ehwal Murid : Hj Fathi bin Muhamad Pen. Kanan Kokurikulum : Hjh Rosidah binti Mahmood Pen. Kanan Tingkatan 6 : Rozeman bin Din GURU KANAN MATA PELAJARAN Bidang Sains Sosial : Hjh Maznah binti Abu Bakar Bidang Bahasa : Sabiah binti Mamat Bidang Sains & Matematik : Hjh Sh Annie Adura binti Syed Halim Bidang Teknik & Vokasional : Rasidah binti Hj Omar
Read More

pss

Read More

Carta Organisasi pentadbiran

dalam pembinaan
Read More

Pusat Sumber Sekolah (PSS)

Aktiviti Menulis Nilam Di PSS


Para pelajar harus melakukan i-Nilam setiap kali masuk ke pusat sumber.Perkara ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Perenpuan Pasir Mas.Ia dapat mendidik anak pelajar untuk menambahkan markah sijil nilam bagi peringkat jauhari.





Read More

Aktiviti HEM

Aktiviti Program HEM

Dalam Proses Pembinaan...
Read More

KURSUS S-SLIP

                                                                     17/10/2016                                                                                                                               

Read More

Jawatankuasa Dokumentasi


Read More

Sukan Tahunan




Pada 23 Oktober yang lalu, Unit sukan
Read More

PROGRAM NILAM


Read More

perkhemahan

CAMPING SITE AT JERAM LINANG
Read More

Perkhemahan Pengakap

Perkhemahan SMK Perempuan.
Read More

Perkemahan Pengakap


Perkemahan unit berunform telah diadakan di padang SMK Perempaun pada 19 - 20. blalalalalal
Read More

Pentadbiran

Read More

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH

Read More

Tuesday 18 October 2016

CADANGAN ANDA

Made with Padlet
Read More

Tuesday 11 October 2016

Perasmian Program Penghayatan Disiplin


Majlis Perasmian Program Penghayatan Disiplin 2015 Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan telah diadakan pada 12 Februari 2015 pada  jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi bertempat di Dewan Baiduri sekolah. Majlis  telah disempurnakan oleh  Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan, Tuan Haji Ab. Ghani bin Che Kasim BSK, PJS, PMP.

Objektif program anjuran bersama Unit Hal Ehwal Murid, Unit Disiplin dan Unit Bimbingan & Kaunseling   untuk:
1.Melahirkan pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan tidak mudah terpengaruh dengan gejala    sosial.
2.Melahirkan pelajar yang cemerlang dan berwawasan dalam semua bidang.
3.Melahlirkan pelajar yang cintakan diri sendiri, masyarakat dan negara serta mengamalkan nilai-nilai murni.

Acara majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Selamat Al-Sultan, Lagu SMKP Berjaya dan bacaan doa serta  ucapan alu-aluan oleh Pengetua SMK. Perempuan, Pn. Noor Adlina Gooi bt Abdullah. Beliau mengharapkan agar semua pelajar menghayati dan mematuhi disiplin sekolah sepanjang tahun kerana pelajar yang berjaya adalah pelajar yang berdisiplin.

Dalam ucapan perasmian pula Tuan Haji Ab. Ghani bin Che Kasim mengharapkan agar setiap pelajar sentiasa mematuhi peraturan sekolah serta menghormati semua guru yang telah mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk mendidik pelajar bagi melahirkan generasi yang berjaya. Beliau juga meminta agar pelajar turut mematuhi  peraturan jalanraya dan  menegaskan supaya pelajar yang tidak mempunyai lesen memandu agar tidak sewenang-wenangnya menunggang motorsikal /memandu kenderaan bermotor  ke sekolah untuk mengelak daripada kejadian yang tidak diingini.

Kemuncak majlis pada hari ini adalah penyampaian sijil untuk pemimpin pelajar yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas PSS, PRS, Pengawas Buku Teks , Briged Bestari, Ketua Tingkatan, Exco PraU dan majlis diakhiri dengan  bacaan ikrar.
Read More

LDP VLE GURU SMK KAMIL 1

18 MEI 2016: Bahagaian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan anjuran Unit Media dan Inovasi Pendidikan telah melaksanakan Program Khidmat bantu VLE Guru. Program yang telah dirancang dan dilaksanakan ini adalah untuk membantu guru-guru mengintegrasikan Frog VLE dalam PdP seterusnya menyokong Pembelajaran Abad 21.
Program khidmat bantu yang diterajui oleh En. Rusdi (PTP PKG Gaal) telah memperkenalkan widget-widget yang ringkas bagi pembinaan laman PdP. Antara widget yang digunakan ialah media, teks, wall, poll dan e-bahan. Dengan penggunaan widget ini pada Laman yang dibangunkan dapat menarik murid untuk berinteraksi dengan lebih terbuka. Selain widget, En. Rusdi juga mendedahkan penggunaan aplikasi timeline iaitu satu aplikasi yang ringkas bagi guru menghantar tugasan kepada murid.

Dapatan bengkel yang telah dilaksanakan ialah guru-guru menunjukkan minat dengan sistem yang ada tetapi kekangan masa dan kurang kemahiran menggunakan ICT menyebabkan guru-guru kurang menggunakan Frog VLE dalam PdP.
Read More

Mesyuarat


16 OGOS 2016: Bahagaian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan anjuran Unit Media dan Inovasi Pendidikan telah melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Program Champion School Bil.2/2016. Mesyuarat ini dilaksanakan bagi menyelaras program di preingkat BTPN-PKG dan Champion School,

Seramai 31 orang ahli yang terdiri daripada Pentadbir, Penyelaras VLE Champion School telah hadir pada mesyuarat tersebut. Manakala seramai 8 orang ketua PKG Daerah turut hadir sama. Meyuarat yang dipengerusikan oleh En. Nasir b. Mohd Noor telah memulakan mesyuarat dengan ucapan dan harapan pengerusi masjlis agar pentadbir VLE Champion School dapat menguruskan penggunaan VLE di sekolah masing-masing dengan cekap. Seterusnya, Pegawai Meja VLE BTPN Kelantan, En. Muhd Abd Sarid telah membentangkan prestasi VLE Murid bagi Negeri Kelatan, Daerah dan  Champion School.

Dalam mesyuarat tersebut, En. Muhd Sarid juga membentangkan pelan tindakan dan program khidmat bantu yang telah dan akan dijalankan di sekolah-sekolah yang terpilih. Selain itu, satu kajian mengenai penggunaan VLE Warga sekolah akan dilaksanakan bagi memudahkan pengesanan masalah seterusnya menjayakan program khidmat bantu VLE yang akan dilaksanakan.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.30 pagi telah ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi dengan bacaan surah Al-Ashr.
Read More

BENGKEL PENGURUSAN VLE ADMIN PKG DAERAH MACHANG

27 - 28 SEPTEMBER: Pusat Kegiatan Guru Daerah Machang telah mengadakan Bengkel Pengurusan VLE Admin. Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Kelantan, En. Muhamad Abdul Sarid bin Said telah dijemput sebagai penceramah bagi bengkel tersebut. Seramai 40 orang peserta dan 5 orang PTP telah mengikuti bengkel tersebut.

Pengisian bengkel selama 2 hari antaranya ialah proses import data APDM ke dalam Frog VLE, tambah dan edit kelas, menambah pengguna baru, menukar kata laluan, menyahaktif pengguna, update kelas dan export data pengguna. Selain itu, peserta juga didedahkan penggunaan data analitik bagi memudahkan admin memantau penggunaan VLE di kalangan guru atau murid menggunakan Modul CHEF 1. Manakala pada hari kedua pula peserta didedahkan mengenai perancangan dan perancangan untuk membudayakan penggunaan VLE untuk warga sekolah. Memantau tugasan dan laman PdP yang dibangunkan oleh guru serta memantau guru-guru dan murid yang aktif menggunakan Frog VLE. Peserta juga dibimbing untuk mengira peratus KPI VLE murid masing-masing.

Antara masalah yang dikesan sepanjang bengkel ialah capaian internet menggunakan 1 ZOOM tidak dapat menampung bilangan peserta yang ramai. Selain itu, terdapat beberapa orang peserta tidak dapat log in sebagai admin disebabkan kata laluan yang salah. Dapatan masalah pada hari pertama, satu ZOOM lagi ditambah (ZOOM TM GO) untuk melancarkan pelaksanaan bengkel dan hands on.

Hasil bengkel:
*Peserta dapat membuat proses import data APDM ke dalam Sistem Frog VLE
*Peserta dapat menambah kelas
*Peserta dapat mengubahsuai/ menamakan semula kelas dan Kumpulan
*Peserta dapat menambah pengguna baru.
*Peserta dapat menukar password admin atau pengguna
*Peserta dapat melakukan proses export pengguna
*Peserta dapat melaksanakan pemantauan melalui analitik - Pemantauan Laman, Tugasan dan Pengguna.
*Peserta dapat merancang pelan tindakan bagi membudayakan penggunaan VLE dalam PdP di sekolah masing-masing.
Read More