Tuesday 11 October 2016

Mesyuarat


16 OGOS 2016: Bahagaian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan anjuran Unit Media dan Inovasi Pendidikan telah melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Program Champion School Bil.2/2016. Mesyuarat ini dilaksanakan bagi menyelaras program di preingkat BTPN-PKG dan Champion School,

Seramai 31 orang ahli yang terdiri daripada Pentadbir, Penyelaras VLE Champion School telah hadir pada mesyuarat tersebut. Manakala seramai 8 orang ketua PKG Daerah turut hadir sama. Meyuarat yang dipengerusikan oleh En. Nasir b. Mohd Noor telah memulakan mesyuarat dengan ucapan dan harapan pengerusi masjlis agar pentadbir VLE Champion School dapat menguruskan penggunaan VLE di sekolah masing-masing dengan cekap. Seterusnya, Pegawai Meja VLE BTPN Kelantan, En. Muhd Abd Sarid telah membentangkan prestasi VLE Murid bagi Negeri Kelatan, Daerah dan  Champion School.

Dalam mesyuarat tersebut, En. Muhd Sarid juga membentangkan pelan tindakan dan program khidmat bantu yang telah dan akan dijalankan di sekolah-sekolah yang terpilih. Selain itu, satu kajian mengenai penggunaan VLE Warga sekolah akan dilaksanakan bagi memudahkan pengesanan masalah seterusnya menjayakan program khidmat bantu VLE yang akan dilaksanakan.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.30 pagi telah ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi dengan bacaan surah Al-Ashr.


EmoticonEmoticon