Tuesday 11 October 2016

LDP VLE GURU SMK KAMIL 1

18 MEI 2016: Bahagaian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan anjuran Unit Media dan Inovasi Pendidikan telah melaksanakan Program Khidmat bantu VLE Guru. Program yang telah dirancang dan dilaksanakan ini adalah untuk membantu guru-guru mengintegrasikan Frog VLE dalam PdP seterusnya menyokong Pembelajaran Abad 21.
Program khidmat bantu yang diterajui oleh En. Rusdi (PTP PKG Gaal) telah memperkenalkan widget-widget yang ringkas bagi pembinaan laman PdP. Antara widget yang digunakan ialah media, teks, wall, poll dan e-bahan. Dengan penggunaan widget ini pada Laman yang dibangunkan dapat menarik murid untuk berinteraksi dengan lebih terbuka. Selain widget, En. Rusdi juga mendedahkan penggunaan aplikasi timeline iaitu satu aplikasi yang ringkas bagi guru menghantar tugasan kepada murid.

Dapatan bengkel yang telah dilaksanakan ialah guru-guru menunjukkan minat dengan sistem yang ada tetapi kekangan masa dan kurang kemahiran menggunakan ICT menyebabkan guru-guru kurang menggunakan Frog VLE dalam PdP.


EmoticonEmoticon